26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut

Bernama
Jun 15, 2022 15:59 MYT
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini. - Gambar/ FB Info Bencana Terengganu
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan malam ini memaklumkan kejadian yang berlaku pada 4 petang itu menyebabkan kesemua rumah yang terbabit mengalami kerosakan di bahagian bumbung.
"Kawasan yang paling terjejas adalah di Kampung Bukit Kolam yang menyaksikan sebanyak 20 rumah mengalami kerosakan, Kampung Baru Ajil sebanyak tiga rumah, Kampung Bukit Diman sebanyak dua rumah dan sebuah rumah di RAKR (Rumah Awam Kos Rendah) Tok Randok," menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu turut memberitahu tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.
-- BERNAMA
#ribut terengganu #Hulu Terengganu #APM #bukit kolam