255 pengikut Daish ditangkap sejak 2013 - TPM Ahmad Zahid

Rahimah Abdullah
November 17, 2016 16:31 MYT
Datuk Seri Ahmad Zahid (gambar) menjelaskan tangkapan pengikut Daish di Malaysia melibatkan 221 lelaki dan 34 perempuan. -Gambar fail
Seramai 255 individu yang didakwa terlibat dengan gerakan pengganas Daish berjaya ditangkap sejak tahun 2013 sehingga 7 Oktober 2016.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tangkapan itu melibatkan 221 lelaki dan 34 perempuan.
"Daripada jumlah itu, seramai 121 orang telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan 13 orang telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015," katanya melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa di Dewan Rakyat.
Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid, seramai 21 warga asing disyaki terlibat dengan Daish telah diusir dari Malaysia, manakala 64 orang yang ditangkap telah dibebaskan.
#daish #Er Teck Hwa #gerakan pengganas #Zahid Hamidi
;