252,773 dos vaksin COVID-19 diberi pada 23 Jun, jumlah kumulatif 6.55 juta dos
Astro Awani
Jun 24, 2021 11:06 MYT
Jun 24, 2021 11:06 MYT
JUMLAH vaksinasi harian dalam negara terus mencatatkan perkembangan memberangsangkan dengan menghampiri sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 300,000 pada bulan Ogos.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pada 23 Jun, sejumlah 252,773 suntikan vaksin direkodkan.
Ia membabitkan 174,448 dos pertama manakala selebihnya 78,325 dos kedua.
Menurut JKJAV, jumlah vaksinasi harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 6.55 juta dos.
Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 4.75 juta (14.5 peratus) manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua adalah 1.805 juta (5.5 peratus).
Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 982,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 969,000 dos.
Negeri lain yang mencatat jumlah tertinggi termasuk Sarawak dengan lebih 965,000 dos serta Johor dengan lebih 597,000 dos.
#COVID-19
#suntikan
#dos pertama
#dos kedua
#JKJAV
#vaksin
#vaksinasi harian
#sasaran 300000
#jumlah kumulatif pemberian vaksin