250 biji telur penyu bernilai RM500 dirampas di Sandakan

Radhi Muslim
Julai 12, 2019 21:51 MYT
Polis Marin percaya telur penyu yang dirampas itu ialah untuk pasaran sekitar Lahad Datu. - Foto Pasukan Polis Marin
Pasukan Polis Marin (PPM) hari ini merampas 250 biji telur penyu, dianggarkan bernilai RM500, di kawasan pasar ayam di sini dalam satu serbuan kira-kira jam 10 pagi.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, hasil risikan pegawai dan anggota Unit Risikan Marin (URM) PPM Lahad Datu telah menemui satu baldi cat berwarna putih dan satu bakul berwarna kuning di tempat penyembelihan ayam.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bekas tersebut berisi telur penyu, yang merupakan makanan eksotik terlarang.
"Pihak kami percaya ia untuk dipasarkan di sekitar pasar Lahad Datu.
"Kedua-dua bekas yang berisi telur penyu tersebut telah dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk proses dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: 2,000 telur penyu dirampas polis marin
BACA: Terengganu cadang beli telur Penyu Belimbing dari luar negara
BACA: Penjualan telur penyu di Pasar Payang tidak salah kerana...
#baldi #Lahad Datu #makanan eksotik #mohamad pajeri ali #operasi #pasar ayam #polis #polis marin #Sandakan #telur penyu #tempat penyembelihan ayam #terlarang
;