25 premis tidak patuh SOP diberi amaran - Ismail Sabri

Fareez Azman
Ogos 31, 2020 15:00 MYT
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan perkara itu dalam kenyataan media pada Isnin. Gambar: BERNAMA
Sebanyak 25 premis diberi amaran kerana tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media pada Isnin memaklumkan, kesemua premis terbabit diberi amaran selepas pemeriksaan khas dibuat pada Ahad.
"Pegawai penguat kuasa KPDNEHP telah melakukan 1,264 pemeriksaan khas Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 1,196 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 43 premis diberi nasihat dan 25 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP," katanya.
Tambah Ismail, kerajaan menggesa pengusaha dan orang ramai agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri serta mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menentang pandemik COVID-19.
Selain itu, penguat kuasa KPDNHEP jelasnya, turut membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 670 premis perniagaan semalam.
Sebanyak 478 peruncit, 161 pemborong dan 31 pengilang diperiksa dalam pemantauan itu.
#amaran #ismail sabri yaakob #kerajaan #Menteri Kanan Pertahanan #penguatkuasaan #perintah kawalan pergerakan #Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan #perniagaan #PKPP #Premis #SOP
;