25 premis diarah tutup, ini 5 tumpuan utama kenyataan TPM hari ini
Astro Awani
Julai 21, 2021 19:36 MYT
Julai 21, 2021 19:36 MYT
KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 68,921 pemeriksaan dan snap check dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,556 buah kilang, 11,369 premis perniagaan, 416 tapak pembinaan dan 145 buah asrama penempatan pekerja.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
1. Sebanyak 25 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
2. Seramai 420 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 332 individu dikompaun, 82 direman manakala enam lagi individu telah dijamin.
3. PKPD ditamatkan di seluruh daerah Seremban, selain di Kampung Sungai Imam, Tawau, Kampung Lembising dan Kampung Dumpil Keramat, Putatan, Kampung Balibata, Beaufort, Kampung Pintasan, Kota Belud, Taman Kurnia Jaya dan Taman Pinggiran Golf, Kota Bharu, Kuarters Pekerja Malaysia China Industrial Park (MCKIP), Gebeng.
4. Lokaliti baharu yang diumum PKPD bermula 23 sehingg a5 Ogos ialah Taman Merpati, Sandakan, Felda Jengka 12, Jerantut, Kampung Belangkap, Rompin dan Kampung Orang Asli Ruai, Batu Talam, Raub.
5. Dua lokaliti yang dilanjutkan PKPD sehingga 5 Ogos 2021 pula adalah Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan dan Kondominium One Borneo, Kota Kinabalu.