25 orang dipindahkan akibat banjir di Kelantan
Astro Awani
November 19, 2014 09:45 MYT
November 19, 2014 09:45 MYT
Seramai 25 orang dari lima keluarga dari kampung Tasek dan Gong Kala dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja di Pasir Puteh, Kelantan awal malam tadi.
Mangsa banjir terbabit dipindahkan ekoran kediaman mereka dinaki air ada yang sehingga tiga meter berikutan hujan yang berterusan sejak dua hari lalu.
Paras air sungai juga dilaporkan meningkat sehingga tengah malam tadi.
Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 7.45 meter, 0.45 meter melebihi paras amaran manakala sungai utama lain turut meningkat namun masih di bawah paras amaran.
Portal Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS juga merekodkan jumlah taburan hujan yang tinggi antara 70 hingga 159 milimiter sehingga awal pagi ini di beberapa daerah antaranya Kota Bharu, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Mas dan Gua Musang.