25 keluarga hilang tempat tinggal, rumah panjang terbakar di Ulu Baram
Astro Awani
November 4, 2020 18:10 MYT
November 4, 2020 18:10 MYT
MIRI: Sekitar 25 keluarga kaum Penan hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Long Balau di Ulu Baram musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 12 tengah malam ketika kebanyakan penghuni rumah panjang 25 pintu itu sedang tidur.
Memetik portal Suara Sarawak, kebakaran memusnahkan keseluruhan rumah panjang berkenaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi dan pegawai penyiasat bomba dari BBP Miri ke lokasi kejadian jam 10.30 pagi tadi bagi melakukan pemantauan serta pemeriksaan lanjut.
Ba' Balau terletak sembilan jam perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda melalui jalan balak dari bandar raya Miri.