248 individu ditahan ingkar SOP, ini 5 tumpuan kenyataan media harian PKP

Astro Awani
Ogos 4, 2021 19:16 MYT
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 90,155 pemeriksaan pada Selasa.
Operasi membabitkan 19,004 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini:
1. Sebanyak 41 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan
2. Seramai 248 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, dengan 25 daripadanya direman.
3. PKPD ditamatkan di ondominium One Borneo, Kota Kinabalu, Kampung Istimewa, Batu Sapi dan Taman Merpati, Sandakan, Sabah serta FELDA Jengka 12, Jerantut, Pahang dan Bandar Pulai Jaya, Mukim Sungai Raia, Perak.
4. Beberapa lokasi PKPD baharu diumumkan negeri Johor, Kelantan, Sabah, Perak dan Selangor, bermula 6 Ogos sehingga 19 Ogos.
5. Sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) telah dilaksanakan di seluruh negara semalam.
BACA: PKPD: 13 lokaliti baharu, lima ditamatkan
#Hishammuddin Hussein #Polis Diraja Malaysia #SOP #SJR #Sekatan Jalan Raya #PDRM #PKPD #PKP #COVID-19
;