246 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
Mac 5, 2021 17:25 MYT
Ismail Sabri menjelaskan, seramai 246 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 234 dikompaun dan 12 direman. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 106 operasi sanitasi dilakukan meliputi 34 zon merah, 10 zon jingga, 14 zon kuning dan dua zon hijau di seluruh negara pada Khamis.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan 418 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 200 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
serta 95 buah jentera JBPM.
Berikut lima tumpuan utama kenyataan media Ismail pada Jumaat.
1) Seramai 844 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
2) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan bermula 6 sehingga 19 Mac ini
3) Seramai 246 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 234 dikompaun dan 12 direman.
4) Penamatan PKPD di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang pada 6 Mac seperti yang dijadualkan.
5) Seramai 7,516 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 68 didapati positif.
#SOP #PKPD #JBPM #COVID-19 #ujian saringan #warga asing
;