230 individu ditahan ingkar SOP PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Astro Awani
April 21, 2021 18:35 MYT
April 21, 2021 18:35 MYT
KUALA LUMPUR:
Sejumlah 230 individu ditahan semalam atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu dua daripada mereka direman dan baki yang lain dikompaun.
Antara kesalahan utama yang direkodkan adalah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (77), tidak memakai pelitup muka (52) dan aktiviti pusat hiburan (31).
Berikut antara perkara penting yang dinyatakan Ismail Sabri dalam kenyataan beliau hari ini:
- 230 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP, dua direman
- Op Benteng: 8 PATI ditahan, empat kenderaan darat dirampas
- 686 individu tiba di pintu masuk antarabangsa, kini dikuarantin
- Seluruh Kelantan jalani PKP, semua jajahan zon merah
- PKPD Perumahan Komuniti Bersepadu Pulau Serai, Pekan dilanjutkan sehingga 29 April