23 staf Tropicana Golf & Country Resort positif COVID-19

Fareez Azman
Oktober 12, 2020 05:35 MYT
Kelihatan kenderaan Kementerian Kesihatan keluar dari kawasan PKPD di Asrama Tropicana ketika tinjauan hari ini. Asrama tersebut diisytiharkan sebagai kawasan PKPD bermula hari ini sehingga 25 Okt dan melibatkan 500 penghuni. --fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Sejumlah 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi Astro Awani pada Isnin.
Jelasnya, sebanyak pertambahan 12 kes positif dicatatkan pada hari ini berbanding semalam hanya 11 kakitangan disahkan positif COVID-19.
"Setakat ini, 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19. Sebanyak pertambahan 12 kes pada hari ini (Isnin) selepas keputusan saringan didapati.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI

[TERKINI] 23 kakitangan Tropicana Golf and Country Resort disahkan positif COVID-19. Menurut Ketua Polis Daerah PJ, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, 567 kakitangan di asrama itu akan disaring KKM. Ketika ini PKPD telah dilaksanakan di kawasan asrama berkenaan. @501Awani #AWANInews

— Fareez Azman (@FareezAzmann) October 12, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami dimaklumkan seramai 567 kakitangan tinggal di asrama disediakan ini, ujian saringan akan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 14 Oktober ini," jelasnya.
Susulan itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan bermula semalam dan semua laluan masuk ke kawasan asrama berkenaan telah dikawal ketat oleh pihak polis dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
#Tropicana Golf and Country Resort #COVID-19 #Pekerja Tropicana sah COVID-19 #Kementerian Kesihatan Malaysia #KKM #Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan #PKPD #Angkatan Tentera Malaysia #ATM #asrama #tropicana