Seramai 225 rakyat Malaysia yang terkandas di Yala, Selatan Thailand sejak negara itu menutup pintu sempadannya, telah dibenarkan pulang ke tanah air, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid.
Beliau berkata sehingga Rabu, 139 rakyat Malaysia telah kembali ke tanah air - 88 orang melalui pintu sempadan Sadao-Bukit Kayu Hitam, 48 melalui Sungai Golok-Rantau Panjang dan tiga lagi melalui Wang Prachan-Wang Kelian.
"Pihak konsulat terus memantau agar yang selebihnya akan dibawa keluar (dari Thailand) dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kumpulan yang kembali ke Malaysia akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di Stesen Kuarantin Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) di Sungkai, Perak.
Muhammad Ridzuan turut melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan yang membantu usaha membawa keluar rakyat Malaysia.
Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bermula 23 Mac Thailand menutup semua sembilan pintu sempadannya dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.
Di samping penutupan sembilan pintu sempadan melalui darat atau air Thailand-Malaysia, penutupan sempadan turut dilaksanakan di semua pintu sempadan Thailand dengan negara jiran lain yang terdiri daripada Laos, Kemboja dan Myanmar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020

Seorang petugas menyembur cecair pembasmi kuman berdekatan patung Buddha besar sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak COVID-19, di Kuil Wat Pho, Bangkok, Thailand, 13 Mac 2020. --fotoBERNAMA/Urdee Image via ZUMA Wire/dpa

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

KPDN Kedah serbu premis pemborong diesel di Bukit Kayu Hitam
Serbuan dilakukan tujuh anggota penguat kuasa kira-kira 12 tengah hari selepas risikan dijalankan selama dua minggu.

Polis tahan lima individu, rampas dua kenderaan ada lambang GISB di sempadan Bukit Kayu Hitam
Difahamkan, seorang daripada lima individu yang ditahan itu merupakan anak kepada pemimpin utama syarikat terbabit.

Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.

Kehadiran kenderaan asing di stesen minyak di sempadan negara berkurang
Kehadiran kenderaan asing mengisi diesel di stesen minyak berhampiran pintu sempadan negara di Bukit Kayu Hitam dilihat berkurang dengan ketara sejak penyasaran semula subsidi.

Kastam Kedah arah kontena Israel berpatah balik ke Thailand
Jabatan Kastam Negeri Kedah mengarahkan sebuah lori kontena Israel yang tiba di Bukit Kayu Hitam pada Khamis untuk berpatah balik ke Thailand.

Sindiket seludup diesel akibatkan ketirisan RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Kenderaan sindiket ini yang membawa diesel disembunyikan di dalam tangki tambahan, dikesan berulang alik kira-kira lima kali sehari ke Thailand.

Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.

Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.

KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat
Inisiatif jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke ICQS Sadao, Thailand dekat sini dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.