223,923 terima suntikan pertama vaksin COVID-19

Fauzi Suhaimi
Mac 11, 2021 02:57 MYT
Dr Noor Hisham berkata, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 28,184 orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 223,923 individu yang disenarai dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima suntikan vaksin setakat 10 Mac 2021.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi penerima suntikan dos pertama, melibatkan seramai 28,184 orang.
Ia diikuti Selangor dengan jumlah keseluruhan 24,211 penerima suntikan; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20,510) dan Sabah (18,670).
“Selain itu, Johor merekodkan jumlah suntikan sebanyak 17,476; diikuti Perak(17,459); Pahang (17,434); Kelantan (14,982); Kedah (14,200); Terengganu (14,982) dan Negeri Sembilan iaitu sebanyak 10,741 individu.
“Negeri lain kekal merekodkan jumlah dibawah 10,000 iaitu Pulau Pinang sebanyak 9,811 individu, diikuti Melaka (6,258); Perlis (5,241); Wilayah Persekutuan Putrajaya (3,337) dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 2,338 individu," katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya hari ini.

Perkembangan terkini laporan harian pemberian dos pertama vaksin Covid-19 mengikut negeri dan jumlah kumulatif pendaftaran vaksin Covid-19 dalam mysejahtera sehingga 10hb March 2021. Lindung diri, lindung semua pic.twitter.com/qx40zzFjmY

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi individu pertama menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #COVID-19 #Putrajaya #vaksin #Perlis #PICK 2021 #Suntikan dos pertama