22 setiausaha politik menteri angkat sumpah simpan rahsia
Bernama
September 27, 2021 20:22 MYT
September 27, 2021 20:22 MYT
PUTRAJAYA: Seramai 22 setiausaha politik kepada menteri Kabinet hari ini mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Upacara angkat sumpah dalam majlis yang berlangsung di Perdana Putra di sini didahului oleh Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad yang merupakan setiausaha politik kepada Perdana Menteri.
Turut dilantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri ialah Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus.
Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Muhammad Hilman Idham (Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri); Datuk Hamzah Brahim (Menteri Kanan Kerja Raya) dan Mohd Fahim Mohd Farid (Menteri Kanan Pendidikan).
Bekas Ahli Parlimen Sungai Besar Datuk Dr Budiman Mohd Zohdi turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Turut mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik ialah Ling Tian Soo (Menteri Pengangkutan); Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah (Menteri Sumber Manusia); Jonnybone J Kurum (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)); Dr Mohd Zuhdi Marsuki (Menteri Alam Sekitar dan Air); Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (Menteri Pengajian Tinggi); Datuk Ahmad Darus (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).
Datuk Megat Firdouz Tan Seri Megat Junid (Menteri Kesihatan), Haliza Abdullah (Menteri Perpaduan Negara); Datuk Norshida Ibrahim (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi); Zahari Kechik (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)); Muhammad Mujahidin Zulkifli (Menteri Luar Negeri); Nor Hizwan Ahmad (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).
Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)); Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya); Muhammad Nur Aizat Noor Azam (Menteri Pembangunan Luar Bandar) dan Wan Rohimi Wan Daud (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)).
Majlis tersebut diakhiri dengan sesi bergambar bersama Ismail Sabri sebagai tanda kenang-kenangan.
-- BERNAMA
#setiausaha politik
#angkat sumpah
#simpan rahsia
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Perdana Putra
#Mohd Fazmi Sayid Mohammad