213 pelajar terima biasiswa Petronas

Bernama
Julai 23, 2013 08:01 MYT
Petronas menganugerahkan biasiswa kepada 213 pelajar yang layak melanjutkan pengajian tinggi di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).
Seratus daripada mereka ditawar melanjutkan pelajaran di luar negara manakala 113 lagi di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Bandar Seri Iskandar, Perak.
Dalam kenyataan hari ini, perbadanan minyak dan gas itu berkata biasiswa itu disampaikan Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Raiha Azni Abdul Rahman dalam satu majlis di UTP.
Ia sebahagian daripada 400 biasiswa yang ditawarkan Petronas tahun ini.
#Petronas #Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP)