21 penduduk rumah panjang di Bario terselamat kebakaran

Afiezul Samit
Mac 19, 2021 17:28 MYT
Pegawai tadbir Sarawak (SAO) Edwin, Ketua Kampung Caleena Pasang beserta Polis Bario sudah pergi ke tempat kejadian.
BARIO: Tindakan pantas penduduk kampung berjaya menyelamatkan kebakaran rumah rumah panjang dari terus merebak.
Kejadian berlaku di Kampung Pa Derung, Bario apabila sebuah rumah panjang dan rumah persendirian terbakar melibatkan 21 penduduk awal pagi Jumaat.
Menurut Pengerusi Bomba Sukarela Bario, David Lian sejurus sahaja tiba ke lokasi kejadian mendapati rumah panjang dan rumah persendirian sudah tidak dapat diselamatkan.
Namun begitu, penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran daripada menyambar rumah lain.
"Mujur tidak ada kecederaan penduduk dan kejadian ini sudah dilaporkan kepada pihak Polis dan Sarawak Energy Berhad (SEB).
"Seramai 21 mangsa kehilangan rumah kediaman dan ditempatkan di gereja Kampung Pa Derung buat sementara waktu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Kebakaran berlaku lebih kurang 5 kilometer dari Bario Asal dan tiada kecederaan dilaporkan.
Pegawai tadbir Sarawak (SAO) Edwin, Ketua Kampung Caleena Pasang beserta Polis Bario sudah pergi ke tempat kejadian.
Menurut David, kebakaran terjadi sekitar jam 1:30 ke 2:30 pagi dan Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi dan Pasukan Penyiasat dari Zon 6 Miri alan telah ke lokasi bagi menyiasat punca kebakaran.
Sehingga berita ini ditulis, pihak Bomba masih belum dapat memberi kepastian punca berlakunya kebakaran tersebut.
#Rumah panjang #terbakar #Kampung Pa Derung #bario #kebakaran #David Lian #Pengerusi Bomba Sukarela Bario
;