21 pemimpin APEC nyata komitmen, mudahkan cara akses vaksin COVID-19
Harits Asyraf Hasnan
November 20, 2020 00:56 MYT
November 20, 2020 00:56 MYT
KUALA LUMPUR: Kesemua 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan komitmen untuk saling bekerjasama dan menyokong satu sama lain dalam usaha mendapatkan vaksin COVID-19.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada Jumaat.
"Pemimpin APEC turut memperakui supaya memenuhi keperluan melibatkan mereka yang terjejas akibat pandemik itu dan memperkasa sektor ekonomi.
"Kami juga terbuka menerima bantuan dari sumber luar melangkaui APEC dalam memerangi pandemik ini serta menyokong pekerja dan sektor melalui proses pemulihan ekonomi," katanya.
Ujarnya, apa yang penting ketika ini adalah untuk merealisasikan deklarasi berkait usaha memudahkan pergerakan keperluan asas dalam rantau APEC yang dipelopori oleh Malaysia.
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#pandemik
#APEC
#APEC 2020
#MyAPEC2020
#vaksin
#vaksin covid
#AELM
#pemimpin APEC
#Deklarasi Kuala Lumpur
#Visi Putrajaya