2016 diharap bawa berita baik untuk 1MDB - Arul Kanda

Rahimah Abdullah
Disember 31, 2015 10:29 MYT
ARUL KANDA: 1MDB juga telah mencapai pelan rasionalisasinya dalam tempoh enam bulan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tahun 2015 menjadi tahun yang sangat mencabar untuk semua terutama 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ujar Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Justeru, beliau berharap tahun baru 2016 bakal memberikan berita baik kepada syarikat pembangunan strategik itu.
"Saya berharap sekurang-kurangnya lebih banyak berita baik pada 2016 daripada berita yang mencabar. Saya juga harap kita (dengan media) boleh terus mengeratkan hubungan yang dibina tahun ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Saham untuk Ekuiti Bandar Malaysia di sini hari ini.
Arul Kanda berkata, syarikat pembangunan startegik itu juga telah mencapai pelan rasionalisasinya dalam tempoh enam bulan.
"Alhamdulillah, kami telah mencapai apa yang kita mahu kecapi dengan cara melaksanakan perjanjian yang mengikat pertukaran hutang, urus niaga Edra dan Bandar Malaysia," katanya.
Justeru, beliau melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada 1MDB sepanjang tahun 2015.
"Ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan daripada pasukan kami. Pasukan 1MDB , pasukan rakan-rakan IWH dan CREC.
"Selamat Tahun Baru," tambahnya.
#1MDB #2016 #Arul Kanda #tahun baru