20 rumah setinggan di Wakaf Mek Zainab hangus dalam kebakaran

Muhafandi Muhamad
September 23, 2017 02:24 MYT
Kebakaran melibatkan 15 unit rumah kayu berpenghuni dan lima lagi rumah kosong. - Foto Astro AWANI / Muhafandi Muhamad
20 buah rumah setinggan hangus dalam satu kebakaran di Kampung Wakaf Mek Zainab, di sini awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 2.50 pagi tadi.
Akibat kebakaran itu, 15 keluarga melibatkan lebih 40 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang.
Kebakaran melibatkan 15 unit rumah kayu berpenghuni dan lima lagi rumah kosong.
Katanya enam jentera bomba bersama 30 anggota terlibat dalam operasi pemadaman tersebut.
"Api berjaya dipadamkan 45 minit kemudian, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan" katanya ketika dihubungi hari ini.
Punca serta jumlah kerugian sedang disiasat pihak.
#API #bomba #kebakaran #Kelantan #Kota Bharu #Wakaf Mek Zainab