20 kenderaan rosak selepas isi minyak di Petronas Solaris
Fareez Azman
Disember 28, 2018 12:04 MYT
Disember 28, 2018 12:04 MYT
Sejumlah 20 buah kenderaan tersadai di tepi Lebuhraya Besraya pagi Jumaat selepas mengisi minyak di stesen minyak Petronas Solaris.
Kejadian itu menjadi tular di laman sosial apabila ramai netizen berkongsi gambar puluhan kenderaan yang rosak, dan tersadai di pinggir jalan.
Dalam satu kenyataan, Petronas Dagangan Berhad memohon maaf atas perkara itu dan telah menghubungi semua pemilik kenderaan yang terjejas.
Petronas akan mengambil langkah seterusnya termasuk memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa.
Siasatan awal mendapati terdapat isu pengendalian minyak dipercayai membabitkan tangki minyak bawah tanah di stesen terbabit.
Petronas Solaris ditutup serta-merta untuk memastikan siasatan lengkap dijalankan pihak pengurusan.
#Besraya
#Gempar
#Kenyataan
#Maaf
#minyak
#Pengendalian
#Petronas
#Petronas Dagangan Berhad
#rosak
#stesen minyak
#tersadai
#Tular