20 buah rumah di Lok Urai, Pulau Gaya musnah dalam kebakaran

Eleanor Michelle Patrick
Mac 11, 2021 22:25 MYT
Lebih 20 buah rumah di penempatan atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya malam Khamis. - Foto ihsan pembaca
KOTA KINABALU: Lebih 20 buah rumah di penempatan atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, pada Khamis malam.
Bagaimanapun, dalam insiden kira-kira jam 8 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sebentar tadi, api marak bermula sekitar jam 8 malam sebelum merebak ke kawasan perkampungan lain.
Hasil tinjauan di lokasi mendapati ratusan penduduk kampung terpaksa terjun ke laut sebelum mendapatkan bot untuk menyelamatkan diri.
"Operasi memadam dan menyelamat sedang giat dijalankan.
"Sepasukan anggota bomba menggunakan bot untuk ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi berkenaan," katanya.
Untuk rekod, anggaran perjalanan ke Pulau Gaya dari arah tanah besar Kota Kinabalu mengambil masa lebih 10 minit dengan menggunakan bot.
#rumah terbakar #Lok Urai #Pulau Gaya #JPBM Sabah #kebakaran #Kota Kinabalu #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
;