KUANTAN: Kira-kira 20,000 warga veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih belum berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kegagalan golongan veteran ini membuat pendaftaran menurut Ismail Sabri, menyukarkan pihak ATM untuk menghulurkan bantuan yang diperuntukan kepada mereka.
"Justeru, saya telah minta persatuan veteran yang berada di setiap daerah mendapatkan golongan ini, kita nak tahu mereka masih ada atau sebaliknya. Setiap kali bantuan nak diberi itu masalahnya, kerana mereka tidak daftar dan kita tidak boleh nak sampaikan.
"Saya harap mereka ini daftar segera, antara faktor tidak mendaftar mungkin sebab duduk di luar bandar dan sebagainya, kami tidak ada maklumat mereka," kata Menteri Pertahanan itu pada sidang media selepas menganugerahkan Pingat Jasa Malaysia, kepada 295 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pahang.
Selain itu Ismail Sabri berkata, Kementerian Pertahanan turut memperuntukan kuota sebanyak 30 peratus kepada anak termasuk cucu veteran ATM untuk belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ATM Bera, dekat sini, dengan permohonan boleh dilakukan kini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata keputusan rentas negeri untuk Aidilfitri masih belum diputuskan dan segala keputusan dibuat bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), yang melakukan kajian terhadap kebolehjangkitan.
"Tunggu dulu, kita akan bincang lagi kerana kes di beberapa negeri diisytihar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), masih tidak banyak berubah antaranya di Selangor, Sarawak dan Pulau Pinang. Jika KKM kata stabil dan boleh rentas, kebenaran akan diberikan.
"Sama juga mengenai cadangan yang membolehkan penerima dua dos vaksin boleh rentas negeri, kita belum putuskan dan akan bincang," katanya.
Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dilaporkan media seolah-olah memberi bayangan akan meninggalkan MN, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata segala isu mengenai PAS dan UMNO akan dibincangkan dalam mesyuarat Muafakat Nasional(MN).
"Kita akan bincang pelbagai isu melalui mesyuarat yang diadakan dua minggu sekali, lepas itu boleh buat kenyataan, kadang-kadang kita pun tidak tahu mungkin beliau cakap lain tapi dalam segi penulisan berbeza dengan apa dikatakan," katanya.
Media melaporkan Abdul Hadi memberi bayangan akan meninggalkan MN, kerana mendakwa ia sudah menyeleweng dari matlamat asas dan meminta semua menyertai Perikatan Nasional.
Terdahulu Ismail Sabri dalam ucapannya berkata, setakat ini seramai 28,971 warga veteran telah menerima Pingat Jasa Malaysia, manakala veteran yang layak dan belum lagi dianugerahkan akan dijadualkan menerimanya pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 03 2021
![20,000 veteran belum berdaftar dengan JHEV ATM - Ismail Sabri 20,000 veteran belum berdaftar dengan JHEV ATM - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617460000_ISMAILSABRIYAAKOB.jpg)
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Pahang, hari ini. - Foto BERNAMA
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080159_ImranKhan.jpg)
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
![COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71585031807_IsmailSabri.jpg)
COVID-19: Kementerian Pertahanan percepatkan bayaran insentif kepada veteran ATM
Agihan semula dana kutipan kalanan termasuk Matching Grant berkenaan bertujuan memberi kebajikan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.