PUNCAK ALAM: Sebanyak 20,000 tandatangan proklamasi orang Melayu telah dikumpul secara dalam talian sejak ia dilancarkan pada Mac lalu.
Pengerusi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Marzuki Yahya berkata, sebanyak 100,000 borang juga telah dikeluarkan secara manual untuk ditandatangani secara terus di seluruh negara kecuali Sarawak.
Menurutnya, proklamasi berkenaan bertujuan untuk menyatukan orang Melayu melangkaui sempadan politik.
"Proklamasi ini sebagai satu daripada sokongan supaya orang Melayu faham apa yang berlaku hari ini.
"Bagi mencapai matlamat ini kita amat memerlukan sokongan dan penyatuan orang Melayu itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram di Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.
Marzuki memberitahu, orang Melayu digesa menandatangani proklamasi itu bagi mengembalikan maruah kaum itu seperti sebelum ini.
"Lebih ramai lagi baik dan kita menyasarkan sehingga sejuta yang menandatangani proklamasi ini," ujar beliau.
Ditanya proklamasi yang ditandatangani orang Melayu itu akan dihantar kepada pihak mana, Marzuki memberitahu, keputusan mengenainya belum lagi dibuat.
"Pada masa ini kita mahu sokongan orang Melayu sebanyak mungkin dan kita akan buat pengumuman mengenainya," jelas beliau.
Beliau memberitahu, pihaknya turut yakin akan terus mendapat sokongan pemimpin Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
"Niat utama kita hanya mahu menjadikan bangsa Melayu ini satu dan tidak berpecah belah dengan merentasi parti," jelas beliau.
Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir pada majlis itu memberitahu, lebih 1,000 tandatangan diperoleh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya media berkaitan proklamasi berkenaan.
"Di sini (DUN Jeram) ada lebih 1,000 sudah tandatangan dan kita harap lebih ramai lagi," jelasnya ringkas.
Proklamasi itu merangkumi 12 perkara antaranya menyebut bahawa orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini dan satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik turut terlucut dari tangan mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023

Marzuki menggesa orang Melayu menandatangani proklamasi itu bagi mengembalikan maruah kaum itu seperti sebelum ini. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Penyokong Proklamasi Orang Melayu perlu undi calon PN - Dr Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, hanya dengan sokongan tidak berbelah bahagi sahaja mampu memenangkan calon-calon PN pada PRN nanti.

Jangan pilih pihak yang tidak boleh mentadbir negara - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, beliau masih mampu memberi sumbangan kepada negara daripada segi idea dan cara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pertemuan Tun M tak sentuh Proklamasi Orang Melayu - Muhyiddin
Perjumpaan itu juga bagi meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Tun M, Muhyiddin bertemu, bincang gerakan Proklamasi Orang Melayu
Pertemuan malam tadi merupakan satu manifestasi penyatuan Melayu secara total yang sedang diusahakan oleh Dr Mahathir.

PRN: 'Saya tidak bertanding, tetapi aktif sokong gerakan Melayu' - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Proklamasi Orang Melayu bukan bertujuan tolak hak kaum lain - Tun Mahathir
Proklamasi Orang Melayu bukanlah bertujuan untuk menolak hak kaum lain, sebaliknya untuk membantu masalah dihadapi oleh bangsa itu.

"Muhyiddin tak menentang saya, saya pun tak menentang dia" - Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua bekas perdana menteri itu.

Kertas siasatan terhadap Tun M sudah lengkap - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kertas siasatan terhadap kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Isu hina Institusi Diraja, Proklamasi Orang Melayu: Dr Mahathir dirakam percakapan
Polis merakam percakapan Dr Mahathir Mohamed susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Polis ambil keterangan Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur penghinaan ke atas Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.