TEMERLOH:Polis Pahang menembak mati dua suspek penjenayah warga asing yang dipercayai aktif memecah masuk pasar raya, kilang dan pejabat di negeri ini dan Terengganu dalam kejadian berbalas tembakan berhampiran simpang Charuk Puting di sini, 5 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan berkata identiti suspek lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 ke 40-an itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama mereka.
Othman berkata kejadian itu berlaku kira-kira 5 pagi selepas suspek yang menaiki kereta Toyota Camry melarikan diri selepas terserempak dua kereta peronda polis yang membuat rondaan menyebabkan pihak polis mengejar mereka sejauh 25 kilometer sebelum berjaya memintas kenderaan suspek.
"Suspek difahamkan mula melepaskan tembakan ke arah polis bagi mengelakkan tangkapan selepas kereta mereka dihalang oleh sebuah kereta polis menyebabkan kami membalas tembakan dan mengorbankan kedua-dua penjenayah itu.
"Tembakan yang dilepaskan suspek juga mengenai dada seorang pegawai polis berpangkat ASP, namun pegawai tersebut hanya cedera ringan kerana memakai jaket kalis peluru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman.
Turut ditemukan ialah dua unit grinder yang dipercayai digunakan bagi memotong peti besi bersama seunit pengecas bateri, mesin gerudi, parang, kuku kambing dan masing-masing dua beg galas hitam, baju sejuk serta t-shirt hitam yang dipercayai digunakan bagi melakukan jenayah itu.
Othman berkata suspek dipercayai terlibat dalam enam kes pecah masuk di Pahang dan satu kes di Terengganu tahun ini melibatkan kerugian berjumlah RM308,245.50 yang berlaku sekitar tengah malam hingga awal pagi pada hujung minggu.
Di Pahang, mereka disyaki terlibat dalam kejadian pecah masuk di Maran melibatkan dua kes dan masing-masing satu kes di Rompin, Temerloh, Bera dan terkini di Pekan yang dilaporkan berlaku pada 12 Okt lalu.
Othman berkata mayat suspek dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bedah siasat pada Rabu ini.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api tanpa lesen.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
![2 suspek penjenayah warga asing mati ditembak 2 suspek penjenayah warga asing mati ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61603106472_garisanpolis.jpg)
Identiti lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 ke 40-an itu bagaimanapun belum dikenal pasti.
![ICJ akan umumkan pendapat nasihat berhubung pendudukan Israel di wilayah Palestin ICJ akan umumkan pendapat nasihat berhubung pendudukan Israel di wilayah Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716561182_JudgeNawafSalam.jpg)
ICJ akan umumkan pendapat nasihat berhubung pendudukan Israel di wilayah Palestin
Presiden ICJ Hakim Nawaf Salam akan menyampaikan Pendapat Nasihat itu dalam sesi pendengaran awam yang dijadualkan berlangsung di Peace Palace di The Hague pada 3 petang.
AWANI 7:45 [19/07/2024] – Masalah IT, dunia ‘huru-hara’ | Daulat Tuanku #AgongKita | Kapal tangki berlanggar | Hulk Hogan-Trump bergabung
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dunia kelam kabut gangguan IT global, pelbagai sektor kritikal terjejas
- Tumpuan menjelang pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Dua kapal tangki bertembung, operasi carilamat giat diatur gerak
- Hulk Hogan muncul di pentas Republikan, gema sokongan terhadap Trump
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
dibawakan oleh #Maxis5G
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dunia kelam kabut gangguan IT global, pelbagai sektor kritikal terjejas
- Tumpuan menjelang pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Dua kapal tangki bertembung, operasi carilamat giat diatur gerak
- Hulk Hogan muncul di pentas Republikan, gema sokongan terhadap Trump
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung tiga hari - SPRM Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung tiga hari - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717914597_BajuLokap.jpg)
Reman COO syarikat konsesi lebuh raya disambung tiga hari - SPRM
Suspek ditahan bagi siastaan membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya bernilai kira-kira RM6 bilion di Lembah Klang.
![Dua warga emas Malaysia berbasikal ke China Dua warga emas Malaysia berbasikal ke China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721385120_wargaemasberbasik.jpg)
Dua warga emas Malaysia berbasikal ke China
Dua warga emas membuktikan bahawa usia hanyalah angka apabila mereka memulakan perjalanan epik berbasikal dari Malaysia ke China dalam usaha mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
AWANI Ringkas: Gangguan IT Global
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi prinsip integriti dalam kalangan anggota dan pegawai polis.
[INFOGRAFIK] Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 | 14 Laluan Di KL Ditutup
Berikut adalah info berkenaan dengan 14 laluan di KL ditutup bersempena dengan Istiadat Pertabalan Agong Ke-17.
Gangguan IT global: Sektor kritikal Malaysia terkesan, KLIA 2 terjejas
Penyampai Astro AWANI, Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa situasi gangguan IT global menerusi paparan skrin sesentuh dan situasi terkini di KLIA 2 yang dibawakan oleh wartawan, Ridauddin Daud.
![Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721393866_AhmadZahidHamidi.jpg)
Segmentasi sektor pelancongan dilakukan, tarik pelancong berkualiti - Ahmad Zahid
Segmentasi sektor pelancongan akan dibahagikan kepada pasaran sedia ada dan pasaran-pasaran baharu.
Jawatankuasa khas ditubuh tangani isu buli siber
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.
![KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
KDN tidak kompromi prinsip integriti dalam kalangan anggota, pegawai polis
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk perbuatan yang menyalahi prinsip integriti dalam kalangan anggota dan pegawai polis.
![Angka kematian protes reformasi kuota di Bangladesh meningkat kepada 26 Angka kematian protes reformasi kuota di Bangladesh meningkat kepada 26](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721345651_Antiquotaprotester.jpg)
Angka kematian protes reformasi kuota di Bangladesh meningkat kepada 26
Sekurang-kurangnya 20 lagi orang terbunuh pada Khamis di Bangladesh apabila polis melepaskan tembakan ke arah pelajar.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Nur Farah Kartini dipercayai dibunuh, penjawat awam ditahan
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
![JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720426820_RamliMohamedYoosuf.jpg)
JSJK minta mangsa taktik penipuan 'deepfake' tampil buat laporan polis
"Penipuan seperti ini memang sebenarnya berlaku dan ia semakin hari kita jangka akan terus berlaku."
![Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721036680_bayigeneric.jpg)
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
![Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720962022_tbanggotapolistraf.jpg)
Polis cedera parah dirempuh pemandu mabuk ketika bertugas
Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya pagi tadi.
![Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456851_FisolSallehjpg.jpg)
Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.
![Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Polis rekod keterangan pelakon tumbuk teman wanita
Keterangan pelakon itu direkod kira-kira jam 9 malam tadi selepas hadir bersama bapanya.
![Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720656555_Duamayatditemuike.jpg)
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.