ARAU:Dua pos kawalan baharu akan dibina di kawasan sempadan Kedah-Thailand sebagai salah satu langkah memperkasakan kawalan sempadan negara.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beberapa kelengkapan operasi termasuk dron juga akan dibekalkan terutama melibatkan kawasan tanggungjawab Markas 2 Divisyen iaitu sepanjang jajaran sempadan Bukit Kayu Hitam sehingga ke kawasan Padang Terap, Kedah.
Tambah beliau, perbicangan secara menyeluruh membabitkan Panglima Angkatan Tentera bersama semua agensi terlibat dalam kawalan keselamatan di kawasan sempadan juga telah dilaksanakan.
"Panglima Angkatan Tentera sudah pun berjumpa dengan semua agensi yang mengawal kawasan sempadan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Kastam Diraja Malaysia...
"Kita sudah duduk bersama dan bincang mengenai penyelesaian secara menyeluruh, kita bukan jumpa secara 'piecemeal' (satu demi satu).
"Sebagai contoh, untuk memperkasakan kawalan kita di sempadan utara ni kita akan bina dua pos kawasan sempadan (di kawasan jajaran Bukit Kayu Hitam hingga Padang Terap) dan juga equipment kita tambah lagi beberapa equipment, tambah dron dan sebagainya," katanya.
Ismail berkata demikian selepas menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pada Sabtu.
Pada Rabu, Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad menjelaskan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan terus mempertingkatkan kawalan di sepanjang 24 kilometer sempadan Malaysia-Thailand di Kedah terutama di lorong-lorong tikus yang menjadi laluan kegiatan penyeludupan.
Pihaknya juga mengenal pasti semua kawasan panas di bawah Op Pagar II iaitu dari Bukit Kayu Hitam hingga daerah Padang Terap selain akan bertindak secara agresif dalam memastikan tidak ada satu pun kawasan dalam Op berkenaan dibolosi penyeludup rentas sempadan.
Sementara itu, Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji menyatakan bahawa pihak polis juga akan mempertingkatkan kawalan di sepanjang sempadan negara dari Bukit Batu Putih, Kuala Perlis hingga Bukit Kayu Hitam, Kedah susulan kejadian tembakan yang sebelum ini telah mengorbankan seorang anggota PGA.
Beliau menegaskan kawalan dan rondaan dilakukan secara bersepadu oleh 314 anggota Batalion 3 PGA dengan tambahan lebih 200 anggota daripada Unit Udara, Unit Kenderaan Perisai, Unit Berkuda dan Unit 69 Komando (VAT69).
24 November lalu, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang merupakan anggota PGA yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, terkorban akibat ditembak kumpulan penyeludup.
Rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, pula mengalami kecederaan parah selepas terkena tiga tembakan.
Abd Hadi Che Awang
Sat Dec 12 2020
![2 pos kawalan baharu akan dibina di sempadan Kedah-Thailand - Ismail Sabri 2 pos kawalan baharu akan dibina di sempadan Kedah-Thailand - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607768540_AngkatanTenteraMal.jpg)
Perbicangan secara menyeluruh membabitkan Panglima Angkatan Tentera bersama semua agensi terlibat telah dilaksanakan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723650587_TBWARRUSSIAjpg.jpg)
Wilayah Belgorod di Rusia isytihar darurat selepas serangan Ukraine
Keadaan disifatkan "amat sukar dan tegang" ketika kawasan sempadan itu menjadi sasaran serangan dron dan peluru berpandu dari Ukraine.
![Kod QR sempadan Malaysia-Singapura capai objektif kurangkan tempoh waktu menunggu Kod QR sempadan Malaysia-Singapura capai objektif kurangkan tempoh waktu menunggu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721905296_JBSentral.jpg)
Kod QR sempadan Malaysia-Singapura capai objektif kurangkan tempoh waktu menunggu
Waktu menunggu bagi pemeriksaan 30 penumpang bas pada waktu puncak didapati telah dipendekkan kepada 15 minit berbanding 120 minit di BSI dan 90 minit di KSAB.
![KPDN kerjasama dengan pihak berkuasa banteras penyeludupan diesel di sempadan KPDN kerjasama dengan pihak berkuasa banteras penyeludupan diesel di sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717944801_TBDIESEL.jpg)
KPDN kerjasama dengan pihak berkuasa banteras penyeludupan diesel di sempadan
KPDN akan menguatkan pemantauan di kawasan sempadan untuk mengelakkan berlakunya ketirisian diesel selepas penyasaran subsidi dilaksanakan bermula 10 Jun lepas.
![Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717204941_JoeBiden.jpg)
Biden akan tandatangani Perintah Presiden untuk hadkan kemasukan menerusi sempadan Mexico - Laporan
Biden dijangka membentangkan pelan itu pada Selasa dan menandatangani satu Perintah Presiden berkaitan.
![Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714396015_sempadan.jpg)
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
![Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711340079_TBAWALANSEMPADAN.jpg)
Polis Kedah tingkatkan kawalan laut, darat di sempadan
Polis tidak menolak kemungkinan penyeludup akan mengambil kesempatan untuk menjalankan kegiatan jenayah itu semasa musim perayaan.
![KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709470274_TBARMIZAN.jpg)
KPDN perkemas mekanisme tangani isu ketirisan barang kawalan di sempadan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata mekanisme yang dijalankan secara pengurusan mikro itu akan dilaksanakan secara berperingkat.
![RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705053682_TBRTSjpg.jpg)
RTS Link, projek berwawasan melangkaui sempadan dan inovasi
Perjalanan projek Rapid Transit System Link (RTS Link) setakat ini amat memberangsangkan dan "berwawasan," melangkaui sempadan dan inovasi.
![Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697025673_SretthaThavisin.jpg)
Anwar, Srettha adakan perbincangan dua hala mengenai pembangunan sempadan pada Isnin
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan.
![Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699919739_armyflare.jpg)
Lubnan-Israel semakin panas, cetus perang lebih luas
Perang mulut mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hezbollah.