2 maut, 19 cedera dalam insiden tembakan di Detroit

Bernama
Julai 8, 2024 13:30 MYT
Sehingga kini belum ada individu ditahan berhubung kejadian itu. - Gambar hiasan
SAN FRANCISCO: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 19 lagi cedera dalam satu insiden tembakan rambang di Detroit awal pagi Ahad, menurut laporan awal Polis Negeri Michigan.
Menerusi hantaran di media sosial, Polis Negeri Michigan yang membantu Jabatan Polis Detroit dalam siasatan, berkata tiada individu ditahan berhubung kejadian itu, lapor Xinhua.
Mangsa telah dibawa ke Hospital St. John, lapor media tempatan.
Satu lagi insiden tembakan rambang dilaporkan di Detroit pada 1 Jun apabila empat orang ditembak semasa menghadiri pesta yang disertai lebih 100 orang.
-- BERNAMA
#tembakan rambang #Amerika Syarikat #Detroit #angka maut
;