2 lokaliti baharu PKPD, ini 5 tumpuan kenyataan Ismail Sabri

Astro Awani
Julai 9, 2021 20:33 MYT
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokaliti sementara dua lokaliti baharu diumum dan satu lagi dilanjutkan pelaksanaannya.
Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:
1. PKPD ditamatkan di empat kawasan di Tawau, Sabah iaitu Penjara Tawau, Kuarters Penjara Taman Ehsan, Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih, sementara dua lokaliti di Sandakan ialah PPR Taman Murni serta Lorong 12, 15 dan 16 Taman Fajar.
2. Dua lokaliti baharu yang diumum PKPD bermula 11 sehingga 24 Julai adalah Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil di Kuala Lumpur serta Blok 11 dan 12 Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan.
3. Satu lokaliti yang dilanjutkan PKPD bermula 10 Julai sehingga 15 Julai 2021 pula adalah di Jalan Kubur, Kuala Lumpur
4. Sebanyak 56 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP.
5. Seramai 531 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 499 individu dikompaun, 32 lagi direman manakala dua lagi dijamin.
#PKPD #SOP #ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #Bukit Jalil #Kuala Lumpur #Tawau #Sandakan
;