2 lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

Astro Awani
September 7, 2021 20:08 MYT
Dua lokaliti terbabit ialah Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah, bermula 9 hingga 22 September.
Dalam kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dua lokaliti terbabit ialah Kampung Sugiang Baru, Tenom dan Kampung Rapak, Ranau.
Sementara itu, MKN turut memaklumkan, PKPD di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, dilanjutkan sehingga 22 September.
Dalam pada itu, PKPD di beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dan Kelantan ditamatkan lebih awal daripada jadual.
Lokaliti tersebut ialah Kampung Gerong, Kampung Baru Nelayan dan Kampung Talak di Tumpat Kelantan serta Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah di Bera, Pahang.
Turut ditamatkan lebih awal ialah Kampung Betutai, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Tama Sri Rugading, Taman Telipok Ria dan Kampung Serusop di Tuaran.
Kampung Gudon dan Kampung Lobou, serta Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu; Kampung Tengah, Papar; Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2, Lorong Saddani, Tawau; Kuarters Kilang Mee Tien Hock, Penampang dan Taman Sri Panglima serta Kampung Brunei, Beaufort.
Lokaliti lain yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Sungai Kabut, Kambung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong di Cameron Highlands.
#PKPD #Majlis Keselamatan Negara #Sabah #Pahang
;