2 kanak-kanak Orang Asli Pos Tohoi Gua Musang yang hilang dijumpai selamat

Astro Awani
Oktober 9, 2015 10:48 MYT
Borieen Yakob, salah seorang kanak-kanak Orang Asli yang ditemui pada Jumaat. - Foto JBPM
Selepas penemuan dua rangka pada semalam dan kelmarin, Pasukan Mencari dan Menyelamat hari ini berjaya menemui dua anak Orang Asli yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang selamat.
Mangsa, Mirsudiar Aluj, 11 dan Noreen Yacob, 10, ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kelantan, Nik Man Nik Ya, mereka ditemui sekitar jam 11 pagi Jumaat di kawasan pencarian.
''Dua ditemui hidup dan pihak Tentera Darat telah beri rawatan awal di SK Pos Tohoi pagi tadi. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,'' katanya di sini, hari ini.
Foto JBPM
Tambahnya, pasukan mencari juga menemui satu mayat yang belum dikenal pasti bersama dua murid berkenaan.
''Semalam kita jumpa dua mayat dan hari ini kita jumpa satu lagi mayat menjadikan jumlah keseluruhan yang dijumpai setakat ini adalah lima orang termasuk dua yang hidup,'' ujarnya.
Nik Man memberitahu, usaha kini diteruskan bagi mencari dua lagi murid yang masih hilang.
Foto JBPM
Dua murid yang ditemui itu kemudiannya di bawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut sementara mayat yang ditemui bersama mereka dihantar ke unit forensik untuk proses suai kenal.
Foto JBPM
Tujuh murid Orang Asli berusia antara 7 hingga 11 tahun dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu selepas melarikan diri kerana bimbang akan dimarahi guru selepas mandi sungai tanpa kebenaran.
BACA: Kronologi kes kehilangan misteri 7 pelajar Orang Asli dari Pos Tohoi

2 anak Orang Asli Pos Tohoi ditemui hidup. Usaha bawa keluar sedang dilakukan - JPAM @501Awani

— Izwar Wahid (@izwarwahid) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Khidmat 3 bomoh turut digunakan dalam proses bawa keluar anak Orang Asli Pos Tohoi. @501Awani

— Izwar Wahid (@izwarwahid) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Keluarga salah seorang anak Orang Asli yang selamat tiba di Bilik Kecemasan Hospital Gua Musang. @501Awani pic.twitter.com/HeMeGJ1Ox0

— Izwar Wahid (@izwarwahid) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Air mata kegembiraan seorang ibu, anak Orang Asli Pos Tohoi yang ditemui selamat selepas 48 hari hilang @501Awani pic.twitter.com/UzUs7AYxNg

— Izwar Wahid (@izwarwahid) October 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semalam, sebahagian rangka seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti jantina, dijumpai di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.
Polis mengesahkan satu rangka kanak-kanak dijumpai berdekatan tebing Sungai Perias, jam 3.30 petang dekat Pos Tohoi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata rangka berkenaan, iaitu tengkorak dan beberapa batang tulang rusuk, dijumpai pada 3.50 petang, Rabu.
Pada 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Pos Tohoi, bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen Yaakob, 10; dan Miksudiar Aluj, 11 - kesemuanya berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
#Gua Musang #kanak-kanak hilang #Orang Asli