2.54 juta rakyat terima bayaran fasa pertama BPR bermula hari ini - Tengku Zafrul

Fareez Azman
Februari 24, 2021 19:12 MYT
Tengku Zafrul berkata Perdana Menteri sebelum ini telah memberikan komitmen berkenaan ketika pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 2.54 juta penerima akan menerima bayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1.93 bilion bermula hari ini.
Jelas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Perdana Menteri sebelum ini telah memberikan komitmen berkenaan ketika pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
"Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan PERMAI juga telah memberi komitmen supaya pembayaran Fasa 1 BPR dibuat pada penghujung Februari 2021.
"Segala kata mestilah dikota, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima telah mula menerima bayaran melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion pada 24 Februari," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-42 pada Rabu..
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bantuan PERMAI one-off kepada pemandu teksi dan bas juga telah dilaksanakan melibatkan peruntukan RM55 juta.
"Minggu ini juga membawa berita gembira buat 110,000 pemandu e-hailing, teksi, bas sekolah dan bas persiaran.
"Di mana mereka telah mula menerima bantuan PERMAI bernilai RM500 setiap seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM55 juta. Bantuan ini mula dibayar pada 23 Februari lepas," katanya lagi.
#Perdana Menteri #ekonomi #sekolah #rakyat Malaysia #menteri #Malaysia #rakyat #teksi #bas #PERMAI #LAKSANA #PENJANA #bantuan prihatin rakyat #Tengku Zafrul
;