2,500 peniaga bazar Ramadan di Kelantan bakal terima sagu hati
Muhafandi Muhamad
April 13, 2021 17:08 MYT
April 13, 2021 17:08 MYT
KOTA BHARU: Menyedari 2,500 peniaga yang terkesan teruk susulan pembatalan bazar Ramadan di Kelantan, kerajaan negeri mengumumkan bantuan sagu hati kepada mereka.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, sebanyak RM1.5 juta telah diperuntukan oleh kerajaan negeri untuk diagihkan kepada kesemua 2,500 peniaga yang terjejas.
Bayaran sagu hati itu, kata beliau, akan diagihkan dalam masa terdekat bagi membantu meringankan beban peniaga yang terkesan dengan pembatalan operasi bazar Ramadan.
“Kita cukup faham sesetengah darinya (peniaga) sudah membeli barangan dan kita harap dengan sedikit sagu hati ini dapat meringankan beban setengah mereka yang berdepan kesukaran mendapatkan modal dan bahan mentah yang sudah dibeli itu boleh dijalankan perniagaan di tempat lain,” kata Dr Izani dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.
Berdasarkan data yang dikemukakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), terdapat 2,500 peniaga di seluruh kelantan yang terjejas akibat pembatalan operasi bazar Ramadan.
Kata Dr Izani, mana-mana peniaga yang sudah membayar sewaan tapak, PBT akan memulangkan kembali wang pembayaran itu.
Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri juga, jelas Dr Izani masih membenarkan perniagaan kedai makan beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam, namun, haruslah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Kerajaan Kelantan juga, kata beliau, seboleh-bolehnya tidak mahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri itu,