2,233 dikesan positif melalui Program Saringan COVID-19 Percuma Selangor - Amirudin

Astro Awani
Mei 28, 2021 02:45 MYT
AMIRUDIN: Seramai 2,233 daripada 50,898 rakyat Selangor yang menyertai Program Saringan COVID-19 percuma kerajaan negeri didapati positif COVID-19 setakat 26 Mei lalu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 2,233 daripada 50,898 rakyat Selangor yang menyertai program saringan COVID-19 percuma kerajaan negeri didapati positif COVID-19 setakat 26 Mei lalu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata program diteruskan ke daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang.
"Setakat 26 Mei 2021, seramai 50,898 rakyat negeri Selangor telah menyertai Program Saringan COVID-19 Percuma oleh kerajaan negeri.
"Sejumlah 2,233 individu telah didapati positif COVID-19.
"Usaha ini akan diteruskan ke Daerah Klang, Kuala Langat & Sepang," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya.

Setakat 26 Mei 2021, seramai 50,898 rakyat Negeri Selangor telah menyertai Program Saringan COVID-19 Percuma oleh Kerajaan Negeri. Sejumlah 2,233 individu telah didapati positif COVID-19. Usaha ini akan diteruskan ke Daerah Klang, Kuala Langat & Sepang. #SelangorGempurCOVID19 pic.twitter.com/3bzatjE8Kb

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Daripada jumlah itu, DUN Seri Setia merekodkan jumlah positif COVID-19 tertinggi setakat ini iaitu 171 daripada 2,445 orang yang menjalani saringan.
Ini diikuti DUN Gombak Setia (167 orang), Taman Templer (161 orang), DUN Hulu Kelang (146 orang), dan DUN Subang Jaya (130 orang).
#Klang #Subang Jaya #Twitter #Kuala Langat #Sepang #COVID-19 #Amirudin Shari #saringan #percuma #kerajaan negeri