2,096 mangsa banjir Pasir Mas berlindung di tujuh PPS

Faida Rahim
Disember 7, 2023 07:02 MYT
PPS SK Gual To'Deh menempatkan 718 mangsa daripada 234 keluarga dan SMK Baroh Pial Gual menempatkan 310 mangsa daripada 116 keluarga. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas mencatatkan seramai 2,096 orang daripada 692 keluarga setakat 1.59 petang pada Khamis.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.
PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To'Deh menempatkan 718 mangsa daripada 234 keluarga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial Gual menempatkan 310 mangsa daripada 116 keluarga.
PPS SMK Gual Periok pula menempatkan 252 mangsa daripada 74 keluarga dan Masjidi Mukim Padang Licin menempatkan 320 mangsa daripada 119 keluarga.
Manakala Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang menempatkan 321 mangsa daripada 100 keluarga dan SK Gual Periok menempatkan 127 mangsa daripada 36 keluarga, Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga.
#pusat pemindahan #PPS #Pasir Mas #mangsa banjir