2,042 pesakit sembuh, ini lima fokus kenyataan media KKM

Astro Awani
Mac 12, 2021 18:49 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dalam tempoh 24 jam Malaysia merekodkan 1,575 jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan 320,939 kes. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit COVID-19 sembuh yang direkodkan dalam tempoh 24 jam ialah sebanyak 2,042 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 302,662.
Berikut lima fokus kenyataan media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:
1. Sebanyak 1,575 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 320,939 kes.
2. Tiga korban baharu akibat COVID. Sehingga kini jumlah kumulatif kematian di Malaysia ialah 1,203.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 17,074.
4. Sebanyak 2,042 pesakit telah sembuh, jumlah kumulatif 302,662 kes.
5. Kementerian Kesihatan Malaysia turut kenal pasti 10 lagi kluster baharu.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 1,575 kes positif, tiga kematian
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kes sembuh #kes positif #kes kematian #Kluster baharu #KKM
;