2,000 pemegang taruh beri pandangan mengenai pemansuhan UPSR - Radzi

Astro Awani
April 29, 2021 23:43 MYT
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, langkah muktamad untuk memansuhkan UPSR mengambil kira pelbagai pandangan dan kajian sebelum ianya dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah selaras dengan transformasi pendidikan negara.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Jidin berkata perbincangan untuk memansuhkan peperiksaan berkenaan sudah dibuat sejak 2010 lagi.
Jelasnya pemansuhan berkenaan dibuat selepas mengambil kira semua pemegang taruh melalui pelbagai sesi libat urus yang membabitkan hampir 2,000 peserta.
"Ini merupakan satu keputusan besar yang kita buat selepas mengkaji. Ini merupakan satu transformasi pendidikan negara," kata beliau menerusi temubual di sebuah stesen swasta pada Khamis.
Pada masa sama beliau mengajak murid yang berminat untuk memasuki sekolah berasrama penuh untuk menduduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSP).
BACA: UPSR mansuh sepenuhnya, PT3 dibatalkan
BACA: UPSR dalam kenangan 1988-2021
Jelasnya pada tahun lalu, seramai 100,000 orang murid menduduki ujian itu bagi kemasukan sesi 2021.
Mohd Radzi pada Rabu mengumumkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan UPSR sepenuhnya mulai tahun ini manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan untuk tahun ini.
#UPSR Mansuh #Menteri Pendidikan #Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus #PKSP #PT3 #Pentaksiran Tingkatan Tiga #Radzi Jidin
;