1MDB, SRC fail tuntutan sivil untuk dapatkan kembali aset bernilai RM96.6 bilion

Firdaus Azil
Mei 10, 2021 15:16 MYT
Tuntutan itu untuk pemulangan aset melebihi RM96.6 bilion termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengesahkan sejumlah 22 tuntutan sivil telah diambil oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd terhadap sembilan entiti dan 25 individu berhubungan dana yang telah diselewengkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MOF berkata, enam writ saman difailkan oleh 1MDB manakala 16 lagi oleh SRC International.
Kesemua tuntutan itu adalah untuk pemulangan aset dengan jumlah keseluruhan melebihi RM96.6 bilion (AS$23 bilion), termasuk kira-kira RM300 juta tuntutan terhadap pelbagai pihak tempatan.
MOF dalam kenyataan itu berkata, 1MDB dan SRC International menyatakan bahawa entiti-entiti dan/ atau individu-individu itu telah mendapatkan pengkayaan tidak wajar melalui penerimaan wang secara salah dari kedua-dua syarikat berkenaan.
Writ saman itu antara lain menyenaraikan beberapa dakwaan termasuk - penyalahgunaan kuasa, pelanggaran kewajipan fidusiari di jawatan awam, pecah amanah, konspirasi, bantuan tidak jujur, pelanggaran kewajipan secara penipuan; penerimaan dengan pengetahuan, salahlaku dan penukaran salah.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#1MDB #Kementerian Kewangan #SRC International #Najib Razak #Tengku Zafrul #Amanah #saman #pecah amanah jenayah
;