1MDB: SPRM tidak dihubungi DOJ - Ketua Pesuruhjaya SPRM

Hilal Azmi
Jun 17, 2017 20:36 MYT
DZULKIFLI: Ini kali kedua DOJ fail saman sivil tetapi tidak pernah berhubung dengan SPRM -Foto Astro AWANI / Hilal Azmi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia tidak dihubungi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) berhubung tindakan sivil terbaharu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad memberitahu pihaknya tidak ada kaitan dengan siasatan ke atas 1MDB memandangkan kes itu diuruskan PDRM dan Jabatan Peguam Negara.
"Sama macam sebelum ini juga, DOJ tak maklumkan apa-apa kepada pihak kami.
"Saya difahamkan, bukan SPRM saja, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Peguam Negara turut tidak diberitahu. Ini bukan kali pertama, dah kedua dah," katanya ketika ditemui media selepas majlis pelancaran Sahabat SPRM di Berjaya Times Square di sini pada Sabtu.
Pada Khamis, DOJ menuntut untuk merampas aset bernilai AS$540 (kira-kira RM2.3 bilion) yang didakwa milik 1MDB.
Walau bagaimanapun, 1MDB dalam kenyataan memberitahu tidak pernah dihubungi DOJ berhubung tuntutan mahkamah terbaharu itu.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #DoJ #Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat #PDRM #Polis Diraja Malaysia #SPRM
;