1MDB: BNM sahkan terima laporan daripada pihak Singapura

Bernama
Mei 26, 2015 13:50 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai 1MDB daripada Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS). -Gambar fail
Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan telah menerima satu laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS).
"Mereka telah menyatakan bahawa telah menghantar laporan kepada kita. Ya, kita telah menerimanya," kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan pemberita sama ada BNM telah menerima laporan MAS mengenai 1MDB, terutamanya yang berhubung kait dengan BSI Singapore.
#BNM #BSI #MAS #Pihak Berkuasa Monetari #Singapura #Zeti Akhtar
;