'1GB mana cukup' - Media Sosial

Syafique Shuib
April 16, 2015 17:43 MYT
Ramai warga media sosial berpendapat kadar pakej jalur lebar baharu tetap mahal kerana mereka menggunakan lebih dari 1GB.-Gambar hiasan
“1GB mana cukup!!”
Itulah antara luahan pengguna media sosial sehari selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kos pakej jalur lebar asas akan menunjukkan pengurangan yang ketara.
Dalam pengumuman pada Rabu, pakej mudah alih akan ditawarkan pada harga RM25. Pengguna yang melanggan pakej ini akan menikmati data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G-HSPA untuk kedua-dua perkhidmatan prabayar dan pasca bayar.
Pengurangan ini dianggarkan 14% lebih rendah daripada harga semasa.
Ramai berkata ini tetap mahal kerana 1GB terlalu sedikit dan ramai menggunakan lebih 4GB hingga 5GB setiap bulan.

@501Awani No, you got to be joking with us.... 1Gb of data for home usage won't even last for an hour if you are using a laptop or PC

— SIM Freakster (@sim_freakster) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani 1GB fixed line quota at 1Mbps? tun perak pun akan claim pakej ni ketinggalan zaman

— Fadhlan (@na2kap) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani still expensive...basic surfing + whatsapp n etc can only lasting for a week...say no to quota...n yes for fixed line concept

— Nik Muhammad Nazif (@nazif1987) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi perkhidmatan tetap, Telekom Malaysia (TM) tidak lama lagi akan menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB.
Harga terbaharu ini adalah 57 peratus lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.
Pengguna Twitter dengan akaun @fitrihadidotcom bertanyakan kenapa RM38 tidak ditetapkan sebagai harga data tanpa had?

@501Awani kenapa TM tak buat harga RM38 tu untuk unlimited data?? Kenapa perlu buat kuota 1GB tu? X setuju la camni

— httpftrhd (@fitrihadidotcom) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pandangan ini turut dipersetujui oleh beberapa pengguna lain yang mahukan data tanpa had:

@501Awani No, I want my unlimited data plan for home usage. 1gb is barely enough for mobile let alone home usage.

— Coffee Connoisseur (@kakkumei) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani i rather pay more for unlimited and no quota whatsoever like what TM broadband is offering now.

— udinn'ALFIE'starr (@Udinnstarr) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang berkata tiada guna harga diturunkan jika modem perlu 'direset’ dan internet yang tidak laju:

Turun harga broadband tak guna kalau dlm satu hari kena reset modem 12,844 kali!

— Mamuputra (@nedmohd) April 15, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani wonderful idea but if the line is still crappy,it is still of no use.

— Reaper Neimad (@ReaperNeimad) April 16, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pakej jalur lebar asas mudah alih yang baharu ini boleh didapati dengan serta-merta manakala pakej jalur lebar oleh TM dijangka dikeluarkan pada pertengahan Jun 2015.
"Dengan pelaksanaan GST ke atas perkhidmatan komunikasi termasuk kad tambah nilai prabayar, pengurangan kos untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap pada 14 peratus dan 57 peratus akan mengimbangi GST yang berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi,” kata Shabery.
#Ahmad Shabery Cheek #broadband
;