196 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri

Astro Awani
April 19, 2021 18:59 MYT
Seramai 196 individu ditahan kerana ingkar SOP, 191 dikompaun manakala lima direman. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 196 individu ditahan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad dengan 191 dikompaun manakala lima lagi direman.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Berikut lima tumpuan Ismail Sabri:
1) PKP dikuat kuasa di mukim Endau dan mukim Triang, Mersing bermula 20 April hingga 3 Mei 2021.
2) PKP Diperketatkan (PKPD) di Kampung Murni C, Nabawan, Sabah ditamatkan pada 20 April 2021.
3) Seramai 196 individu ditahan kerana ingkar SOP, 191 dikompaun manakala lima direman.
4) Op Benteng tangkap 31 orang pendatang asing tanpa izin (PATI), rampas sembilan buah kenderaan darat.
5) Sebanyak 270 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pada 18 April 2021.
#ismail sabri yaakob #Menteri Kanan Pertahanan #perintah kawalan pergerakan #PKP #SOP #tumpuan utama #perkembangan PKP
;