191 tak pakai pelitup muka, ini tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
Madiha Abdullah
Februari 7, 2021 18:47 MYT
Februari 7, 2021 18:47 MYT
KUALA LUMPUR: Masuk minggu kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, masih ramai yang cuba merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
1. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di dua penjara, Penjara Bentong dan Penjara Taiping serta kuarters kakitangan masing-masing, akan dilanjutkan sehingga 22 Februari.
2. PKPD di Penjara Jelebu, Negeri Sembilan ditamatkan hari ini, mengikut jadual.
3. Seramai 789 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
4. Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (191), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (160), tiada penjarakan fizikal (110), gagal menyediakan peralatan atau merekod diri serta pelanggan (128), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (41), keluar rumah tanpa alasan munasabah (23) dan lain-lain (136).
5. Seramai 7,003 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan daripada jumlah itu, 28 orang disahkan positif COVID-19.
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#penjara