19,307 kes COVID19 hari ini, 323 kematian - Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
September 9, 2021 19:49 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,118 kes diikuti Selangor, 2,700 kes, dan Sabah sebanyak 2,298 kes.
KUALA LUMPUR : Sebanyak 19,307 kes baharu COVID-19 direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu sekali gus melonjakkan jumlah keseluruhan kes kepada 1,919,774.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,118 kes diikuti Selangor, 2,700 kes, dan Sabah sebanyak 2,298 kes.
Sementara itu, Perlis hari ini juga melaporkan 108 kes harian berbanding sebelum ini yang kebanyakannya hanya merekodkan dua angka bagi jangkitan baharu di negeri itu.
Dr Noor Hisham memaklumkan, kadar kes kematian baharu hari ini melaporkan sebanyak 323 kes menjadikan angka kumulatif sebanyak 19,486 kes.
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak 242,802 kes," katanya.
Setakat ini, 1,310 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu juga, 737 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala angka kes sembuh hari ini merekodkan pertambahan sebanyak 24,855 dengan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 1,657,486 kes.

Sehingga 9 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,307 kes (1,919,774 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,700 (633,275) WPKL - 513 (178,670) Sabah - 2,298 (167,737) Johor - 2,032 (157,532) Sarawak - 3,118 (144,030) Kedah - 1,355 (113,473)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#KKM #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif
;