189 berjaya hamil melalui IVF di hospital kerajaan tahun lepas - Dr Dzulkefly

Astro Awani
April 9, 2019 12:35 MYT
Kos rawatan untuk satu kitaran rawatan IVF yang ditawarkan pihak kerajaan adalah di antara RM4,500 dan RM5,000, tidak termasuk ubat-ubatan. -Gambar hiasan
Sejumlah 189 daripada 976 wanita berjaya hamil selepas menerima rawatan ‘In vitro fertilisation’ (IVF) dari hospital kerajaan tahun lepas.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kesemua mereka menerima rawatan IVF sejak tahun lalu di beberapa hospital kerajaan.
Menurutnya, 339 orang mendapat rawatan daripada Hospital Kuala Lumpur, 262 daripada Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, 224 daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas, dan 151 daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.
“Kos rawatan untuk satu kitaran rawatan IVF yang ditawarkan pihak kerajaan adalah di antara RM4,500 dan RM5,000, tidak termasuk ubat-ubatan,” kata Dr Dzulkefly ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada Selasa.
#Dr Dzulkefly Ahmad #hospital kerajaan #In vitro fertilisation #IVF #rawatan IVF #wanita hamil
;