180 pesakit di ICU, ini 5 perkara penting kenyataan KKM hari ini

Astro Awani
April 5, 2021 18:16 MYT
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tujuh kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,295. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Seramai 180 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 89 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
Selain itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat enam kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan kluster tempat kerja dan komuniti.
Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Isnin;
1. Sebanyak 1,070 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 352,029 kes.
Selangor mencatat angka tertinggi dengan 327 kes jangkitan, diikuti Sarawak dengan 225 kes dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes.
3. Sebanyak 1,294 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 336,456 kes.
4. Keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,278.
5. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan tujuh kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,295.
#ICU #KKM #COVID-19 #pesakit #kematian #kes pulih
;