180,066 dos vaksin COVID-19 diberikan pada 18 Jun, kumulatif 5.51 juta dos - JKJAV
Hafizi Rosli
Jun 19, 2021 10:51 MYT
Jun 19, 2021 10:51 MYT
JUMLAH vaksinasi harian pada Jumaat mencatat sedikit penurunan berbanding hari sebelumnya.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 180,066 dos vaksin dicatatkan pada Jumaat berbanding 221,706 dos pada Khamis.
Ia membabitkan 147,616 dos pertama manakala selebihnya 32,450 dos kedua.
Jelas JKJAV, pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 5.51 juta dos.
Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 3.95 juta manakala mereka yang sudah melengkapkan dos kedua adalah 1.55 juta orang.
Negeri yang mencatat penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah 813,804 dos manakala Selangor dengan 809,285 dos.
Negeri lain yang catat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan 706,027 dos serta Johor dengan 512,306 dos.
#COVID-19
#vaksin
#dos pertama
#dos kedua
#JKJAV
#suntikan
#Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19