18 PATI ditahan cuba masuk Malaysia
Umavathi Ramayah
Januari 23, 2021 18:13 MYT
Januari 23, 2021 18:13 MYT
KUALA LUMPUR: Cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 13 wanita dari Indonesia untuk memasuki negara secara haram gagal selepas ditahan dalam Op Benteng hari ini.
Siasatan awal mendapati, kesemua PATI yang berusia 28 hingga 51 tahun itu dipercayai baru sahaja tiba di Malaysia.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) berkata, berkata kesemua suspek ditahan dalam beberapa serbuan antara pukul 2.15 pagi dan 10.50 pagi, hari ini.
Kesemua PATI itu ditahan susulan mpergerakan mereka dikesan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot yang mencurigakan menghala ke arah Teluk Ramunia.
"Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 2.15 pagi, kita menahan lapan PATI ketika cuba bersembunyi di kawasan berkenaan.
"Susulan penahanan itu, kita menahan 10 lagi PATI dalam dua lagi siri tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Kenyataan itu memaklumkan, pasukan penguat kuasa turut merampas mata wang Malaysia dan Indonesia kira-kira RM17,000, telefon bimbit dan barangan kemas.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.
#pati
#Indonesia
#Joko Widodo
#Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia
#Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia