18 ekor kambing rentung

Mohd Zalani Md Atan
April 17, 2023 10:30 MYT
Operasi pemadaman tersebut turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan 9 anggota dan sebuah jentera. - Astro AWANI
TEMERLOH: Sejumlah 18 ekor kambing rentung selepas kandang terbakar dalam kejadian di Kampung Paya Batu Belenggu, Temerloh awal pagi Isnin.
Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani memaklumkan kejadian jam 12.57 pagi tadi turut memusnahkan sebuah kandang kambing berkeluasan 10 meter x 12 meter.
Tujuh anggota diketuai Pegawai operasi, Mohd Fairus Anuwar Abdullah dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin dengan sebuah jentera telah berkejar ke tempat kejadian sebalik menerima panggilan.
Operasi pemadaman tersebut turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dengan 9 anggota dan sebuah jentera.
Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan.
#kebakaran #kambing #hangus #Ismail Abdul Ghani
;