18 ditahan ekoran video melibatkan ahli Geng 24 tular - KPN

Syafique Shuib
April 21, 2017 13:39 MYT
Ia berikutan dua video yang menunjukkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sekolah di Klang. -Photo: Twitter
Polis telah menahan lapan belas orang atas penglibatan mereka dengan aktiviti Geng 24.
Ia susulan dua video yang memaparkan sekumpulan orang yang menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang yang menjadi tular di media sosial.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter berkata 13 pelajar dan 5 bukan pelajar telah ditahan.
Beliau turut memuat naik video berkenaan di Twitter.

Syabas STAFFOC @PDRMsia 13 pelajar,5 bukan pelajar disekitar Klang. Ramai lagi akan ditkap kerana terlibat dlm aktiviti geng 24. #GoPDRMGo pic.twitter.com/EiB1c2Nn5E

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) April 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ramai lagi akan ditangkap kerana terlibat dengan Geng 24,” katanya di Twitter.
Video pertama menunjukkan sekumpulan orang menjerit sambil memegang kain rentang tertera ’24’ dan ’TD4’.
Video kedua pula menunjukkan kek beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan Apache’.
#Geng 24 #Khalid Abu Bakar
;