18 ditahan di depan Pusat Tahanan Jinjang
Syafique Shuib
Mei 22, 2013 23:22 MYT
Mei 22, 2013 23:22 MYT
Menurut laman Twitter milik Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Safwan Anang, 18 orang telah ditahan di depan Pusat Tahanan Jinjang ketika perhimpunan untuk memberi sokongan kepada Adam Adli:
Antara yang ditahan ialah empat wanita berbangsa Cina, tiga lelaki Melayu dan selebihnya lelaki berbangsa Cina.
Semua yang ditahan akan dibawa ke Balai Polis Jinjang. Setelah rakam percakapan, kesemua OKT akan diberi jamin.
Berikut merupakan antara komen di Twitter oleh mereka yang hadir di perhimpunan berkenaan:
Ketika berita ini ditulis, pihak polis masih lagi belum memberi pengesahan tentang jumlah tangkapan.